Advertisement

Friday, May 15, 2009

Lawatan Kerja YDP ke DUN Batu Caves

13 Mei - Yang DiPertua PAS Kawasan Gombak, Us Salleh Huddin Nasir serta saf kepimpinan PAS Kawasan Gombak telah mengadakan lawatan kerja ke DUN Batu Caves sempena program pertemuan dan ramah mesra bersama lebih 60 orang yang terdiri daripada ketua dan kepimpinan PAS di pringkat cawangan di Batu Caves.

Dalam ucapannya, beliau telah menyentuh kepentingan dan kewajipan berjihad menegakkan agama Allah dimuka bumi. Jihad bukannlah lahir dari minat atau bakat semula jadi seseorang tapi hasil kefahaman terhadap apa yang di ajar oleh Nabi Muhammad SAW melalui wahyu Allah SWT.

Beliau juga menekankan agar setiap ahli sentiasa patuh dan taat kepada pimpinan selagi mana ia tidak melanggar syariat. Beliau mengambil contoh tahalluf siasi PAS dengan parti komponen pakatan rakyat perlulah dijaga dan diteruskan kerana ia adalah keputusan kepimpinan diperingkat pusat.

PAS Kawasan Gombak melalui kepimpinan yang baru akan terus melaksanakan pelan tindakan yang telah dibuat sebelum ini dan akan memperkasakan program-program dalaman dan tarbiyyah kepada ahli serta kepimpinan.

Dalam pertemuan itu juga, beliau telah mengumumkan senara Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Gombak sesi 2009-2011 dan lajnah-lajnah yang telah dibentuk. Sebelum daripada itu, lawatan kerja ini telah pun diadakan di DUN Gombak Setia pada 8 Mei lalu dan giliran DUN Hulu Kelang pada 19 Mei betempat di Keramat AU 2.

0 comments: