Advertisement

Wednesday, May 20, 2009

Kenyataan Media : Isu Ahli Baru Penyebab Politik Wang

Pas Kawasan Gombak berpandangan penghijrahan ahli baru samada dari UMNO atau yang tidak menyertai mana-mana parti ke dalam PAS adalah kerana kesediaan dan keikhlasan mereka untuk menerima asas dan dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam.

Sebab itu kita berkeyakinan sesiapa pun yang memilih PAS adalah individu yang bersedia menerima Islam sebagai cara hidup dan meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Islam.

Kita berkeyakinan mereka masuk setelah menilai dan mahukan perubahan yang positif mengikut perspektif Islam dalam diri mereka apabila menyertai PAS. Disamping itu gejala tidak sihat seperti politik wang atau rasuah yang berleluasa berlaku dalam UMNO terutamanya dalam pemilihan agung UMNO baru baru ini.

Justeru PAS Gombak amat mengalu-alukan kemasukan ahli ahli dan tidak melihat kemasukan ahli baru sebagai penyebab wujudnya gejala tidak sihat kerana PAS mempunyai mekanisme tersendiri untuk membentuk dan mendidik ahli terutamanya melalui proses pentarbiyahan yang menjadi asas kekuatan selama ini. Ini diperkuatkan lagi dengan kepimpinan ulamak dalam PAS yang sentiasa menekan dan membimbing ahli dengan ilmu dan asas agama yang akan membentengi diri daripada melakukan amalan yang tidak baik.

Dalam hal ini sebenarnya UMNO cukup bimbang dan cemburu dengan pengaruh PAS sekarang kerana semakin banyak berlakunya penghijrahan ahli ahli mereka ke dalam PAS seperti yang dilakukan oleh Kapten (B) Zahar dan ahli ahli UMNO di Petaling Jaya Selatan. Sebab itu mereka cuba untuk mengaitkan pula PAS dengan isu politik wang yang jelas tidak berlaku dalam PAS.

Kenyataan media oleh


Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan
Setiausaha
PAS Gombak


0 comments: