Advertisement

Monday, December 21, 2009

IBADAH KORBAN PAS KAWASAN GOMBAK

GOMBAK SETIA - Satu program ibadah qurban telah diadakan bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia yang merupakan anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak dan PAS Kawasan Gombak pada hari ketiga Aidil Adha.

Ibadah qurban seekor lembu ini disertai oleh ahli-ahli Pemuda dan ahli PAS Kawasan Gombak dan telah diraikan dengan kehadiran ahli dan petugas PAS dan Pemuda dari seluruh kawasan Gombak.

Walaupun masing-masing masih kepenatan setelah terlibat dengan ibadah qurban di tempat/surau/masjid masing-masing pada hari sebelumnya, dan juga hanya seekor lembu yang ditumbangkan, namun kemeriahan bertemu dalam program PAS dapat dirasai oleh sekelian yang hadir.

Walaupun pada permulaannya kelihatan sedikit 'goyang' untuk menumbangkan lembu tersebut, namun setelah dibantu dan diberi tunjuk ajar oleh Ketua Urusan Ulama', Ustaz Farhan, proses berikutnya berjalan dengan lancar. Sebelum lembu disembelih, Ustaz Farhan sempat menyampaikan sedikit tazkirah ringkas berkaitan ibadah qurban yang dilaksanakan.

Semoga ibadah qurban ini diterima oleh Allah..amiin..

(gambar) Ustaz Farhan 'memujuk' lembu utk ditumbangkan

(gambar) Kelihatan petugas cuba 'menjerat' lembu untuk ditumbangkan

(gambar) Ustaz Farhan menyampaikan tazkirah ringkas

(gambar) Allahu Akbar...lembu disembelih..darah memancut keluar

(gambar) Dan lagi darah...jangan ada yg pitam tengok darah!!

(gambar) Mamat ni potong tali lembu dah mati boleh lah....

(gambar) Saudara Azizul mengapak tulang

(gambar) Kelihatan saudara Rashid membantu melapah lembu

(gambar) Wakil UKJ Hulu Kelang menerima daging..boleh buat BBQ program Rehlah Amal!!

(gambar) Semoga Allah menerima ibadah qurban ini..amiin

Wednesday, October 7, 2009

Majlis Eidulfitri PAS Kawasan Gombak & Adun Gombak Setia

Wednesday, September 16, 2009

Salam Eidulfitri

Kemenangan Yang Wajib Dipertahankan

Oleh: Ustaz Termizi Mohd Din (Ketua lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Gombak)

“Ia adalah merupakan perkembangan yang baik. Semoga suasana ini dapat dikekalkan selama-lamanya”. Demikian jelas Yang Berbahagia Ustaz Salehudin Nasir (gambar), YDP PAS Kawasan Gombak ketika mengulas mengenai perubahan yang berlaku dalam urus tadbir masjid serta kualiti program-program yang dijalankan setelah berlaku perubahan kepimpinan negeri selepas pilihanraya ke-12 yang lalu.

Ustaz Salehuddin Nasir sedang menyampaikan cenderahati sambil diperhatikan oleh Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim (tengah).

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Khatam al-Quran dan Penyerahan Sumbangan anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) yang bertempat di Masjid Khairiah, Sri Gombak, acara kemuncak Program Ihya Ramadhan 1430 DPPG)

Sesi khatam al-Quran oleh pemuda-pemuda PAS Gombak.

Majlis yang penuh suasana harmoni dan keinsafan tersebut berlangsung kira-kira pukul 4.45 petang. Kira-kira 30 orang pemuda-pemuda serta para belia Gombak menyertai Majlis Khatam al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Fadhlullah. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada para pemuda yang terpilih untuk meringankan bebanan mereka khususnya bagi menyambut Syawal yang bakal menjelma. Sumbangan disampaikan oleh Yang Berbahagia, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Timbalan Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP).

Sunday, September 13, 2009

PAS Gombak Sambut Konvoi Ramadhan Bersama Rakyat

12 Ogos- PAS Kawasan Gombak meyambut dan meraikan kedatangan Konvoi Ramadhan Bersama Rakyat PAS Selangor yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Dato' Dr Hasan Mohamed Ali.

PAS Kawasan Gombak yang diketuai oleh YDP, Ust Saleh Huddin Nasir bersama lebih 50 pemuda PAS Gombak berkonvoi mengiringi rombongan PAS Selangor bermula dari Selayang sehingga ke Taman AU5C, Hulu Kelang.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang konvoi tersebut ialah penyampaian bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan, edaran bubur lambuk percuma, edaran risalah, ucapan pemimpin dan majlis berbuka puasa.



Antara pemuda PAS Gombak yang menyertai konvoi


Konvoi singgah di Bazaar Ramadhan Taman Greenwood


YDP PAS Gombak memberikan ucapan di majlis pemyampaian sumbangan


Ucapan YB Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor


Menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan



Edaran Risalah Ramadhan Oleh Pemuda PAS Gombak


Edaran Bubur Lambuk Percuma


Majlis Penyampaian Sumbangan di Masjid As Sobirin


Berbuka Puasa di Masjid As- Sobirin





Tuesday, September 8, 2009

PAS Kawasan Gombak Edar Bubur Lambuk Percuma

7 September - Satu program gotong royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai telah diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Gombak, Taman Seri Gombak. Ia merupakan salah satu aktiviti yang dirancang di dalam takwim ihya' ramadhan PAS Kawasan Gombak yang dikelolakan oleh Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan Gombak.

Program memasak bubur lambuk ini bermula jam 11 pagi tadi dan berakhir kira-kira jam 2.30 petang diikuti dengan kerja-kerja pembungkusan. ia dijayakan secara gotong-royong oleh Ahli PAS Kawasan Gombak.

Aktiviti ini juga merupakan program mendekati masyarakat dan sebagai simbolik amalan mulia yang dilaksanakan di Bulan Ramadhan al-Mubarak. Sebanyak 500 bubur lambuk berjaya diedarkan kepada masyarakat dan penduduk sekitar.

Para petugas bertungkus lumus menyiapkan bubur lambuk

YDP PAS Gombak, Us Saleh Huddin Nasir turut serta dalam gotong-royong

Para petugas sedang mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai

Monday, July 13, 2009

Majlis Pelancaran Usrah Cawangan PAS Kawasan Gombak

30 Jun - YDP PAS Kawasan Gombak, Ustaz Saleh Huddin Nasir telah menyempurnakan majlis pelancaran usrah cawangan PAS Kawasan Gombak. Majlis yang dihadiri lebih seratus orang dari kalangan pimpinan PAS cawangan tersebut di adakan di Dewan Masjid Simpang Tiga Gombak.

Dalam ucapannya, Ustaz Saleh Huddin menegaskan kepentingan program-program tarbiyyah khususnya usrah agar diperkasa dan dihidupkan di setiap cawangan. Usrah merupakan nadi bagi menjana kekuatan dan semangat jihad di kalangan ahli. Melalui usrah juga segala permasaalahan dan maklumat parti dapat di salur dan diselesaikan.

Pemerkasaan dan pemantapan tarbiyyah merupakan antara agenda besar PAS Kawasan Gombak pada sesi kali ini, jelas Ustaz Saleh Huddin.


Pendaftaran Ahli2 yang hadir sedang dibuat.

Antara ahli2 PAS yang hadir...

YDP..Ust Salle Huddin Nasir bersama Ust Sharhan..Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak

Muslimat juga turut hadir memberi sokongan

Ucapan oleh TYDP Gombak, Cikgu Radzi Yusof

Tuesday, June 16, 2009

YDP Rasmi Penubuhan Cawangan Penaja PAS Mesra Bolton

10 Jun - YDP PAS Gombak, Us Saleh Huddin Nasir telah merasmikan penubuhan Cawangan Penaja PAS Mesra Bolton di Taman Bolton, Batu Caves.


Majlis yang dihadiri oleh lebih 30 orang dikalangan penduduk setempat turut dihadiri oleh TYDP PAS Gombak, Sdra Mohd Radzi Yusof, wakil PKR Gombak, Sdr Mazlan dan beberapa AJK PAS Kawasan Gombak.

Ketua Penaja, Haji Mastor dalam ucapannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pimpinan PAS Gombak terutamanya YDP yang sudi hadir merasmikan penubuhan cawangan penaja Mesra Bolton. Menurutnya, cawangan baru yang bakal ditubuhkan ini akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi khidmat kepada masyarakat dan meningkatkan imej PAS Kawasan Gombak secara keseluruhannya.

Dalam pada itu YDP PAS Gombak dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penaja yang berjaya mengumpul penduduk setempat dalam mengembangkan sayap PAS di Gombak dan seterusnya beriltizam memberi khidmat serta merealilsasikan hasrat dan janji-janji kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kepada penduduk sekitar.

Cawangan ini merupakan cawangan penaja kedua ditubuhkan semenjak Us Saleh Huddin memegang YDP April lalu.

Us Saleh Huddin menerima borang permohonan keahlian darpada Ketua Penaja PAS Cawangan Mesra Bolton, Hj Mastor.

Monday, June 8, 2009

Muktamar PAS ke 55 - Ucapan Dasar Presiden PAS



Muat turun :-

1. Muat turun ucapan dasar Presiden PAS versi Bahasa Melayu

2. Muat turun ucapan dasar Presiden PAS versi Bahasa Inggeris

3. Muat turun ucapan dasar Presiden PAS versi Bahasa Arab

Monday, May 25, 2009

Kenyataan Media PAS Gombak
























Keratan akhbar Sinar Harian 24 Mei 2009 tentang kenyataan media PAS Gombak berhubung isu ahli baru punca gejala politik wang dalam PAS.

Saturday, May 23, 2009

Lawatan Keja YDP ke Dun Hulu Kelang

YDP dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Gombak telah mengadakan lawatan kerja dan ramah mesra bersama kepimpinan cawangan di peringkat Dun Hulu Kelang pada 19 mei lalu bertempat di Pejabat ADUN Hulu Kelang.


Program yang dihadiri oleh lebih 100 petugas-petugas parti dipeingkat cawangan itu merupakan siri jelajah YDP ke cawangan-cawangan PAS seluruh Gombak dan Hulu Kelang merupakan destinasi terakhir setelah program seumpama itu diadakan di Dun Batu Caves dan Gombak Setia.




































Gambar menunjukkan AJK Pas Kawasan dan

cawangan sedang menyanyikan lagu tema PAS

Berita oleh
Lajnah Sekretariat

Wednesday, May 20, 2009

KENYATAAN BALAS ISU PAS PELOPOR RASUAH POLITIK

Ketua Pemuda UMNO Selangor seharusnya memahami bahawa janji syurga dan janji neraka adalah merupakan janji Allah yang direkodkan dlam al-quran terhadap balasan baik dan buruk seseorang hambanya.

Justeru PAS sebagai sebuah parti Islam yang konsisten dengan perjuangan untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran bertanggungjawab untuk menyampaikan janji-janji Allah tersebut untuk kebaikan manusia itu sediri. Cthnya sesiapa yang melakukan kezaliman maka balasannya adalah dosa dan dosa membawa ke neraka.

PAS sangat gembira sekiranya masyarakat menerima janji-janji tersebut sebagai bukti penerimaan mereka terhadap dakwah yang di bawa oleh PAS. Kita yakin masyarakat pengundi hari ini adalah sangat matang untuk menilai janji PAS itu sebagai sesuatu yang benar dan bukan sogokan politik.

UMNO jgn memandang rendah integriti masyarakat hari ini yang tidak mudah disogok dengan rasuah wang dan pembangunan.

Kefahaman terhadap balasan syurga neraka juga menjadi benteng penghalang bagi ahli dan pemimpin PAS daripada terjebakdengan gejala yang tidak sihat dan mungkar.

Sehubungan itu tuduhan politik wang terhadap PAS adalah tidak berasas dan tiada bukti pernah dikemukakan. Pembangkang hanya membangkitkan isu ini untuk mengalih pandangan masyarakat yang sedia maklum sebenarnya mereka yang bergelumang dengan politik wang disamping kecemburuan mereka terhadap perkembangan baik dari sudut peningkatan sokngan rakyat terhadap PAS.


USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Selangor

Kenyataan Media : Isu Ahli Baru Penyebab Politik Wang

Pas Kawasan Gombak berpandangan penghijrahan ahli baru samada dari UMNO atau yang tidak menyertai mana-mana parti ke dalam PAS adalah kerana kesediaan dan keikhlasan mereka untuk menerima asas dan dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam.

Sebab itu kita berkeyakinan sesiapa pun yang memilih PAS adalah individu yang bersedia menerima Islam sebagai cara hidup dan meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Islam.

Kita berkeyakinan mereka masuk setelah menilai dan mahukan perubahan yang positif mengikut perspektif Islam dalam diri mereka apabila menyertai PAS. Disamping itu gejala tidak sihat seperti politik wang atau rasuah yang berleluasa berlaku dalam UMNO terutamanya dalam pemilihan agung UMNO baru baru ini.

Justeru PAS Gombak amat mengalu-alukan kemasukan ahli ahli dan tidak melihat kemasukan ahli baru sebagai penyebab wujudnya gejala tidak sihat kerana PAS mempunyai mekanisme tersendiri untuk membentuk dan mendidik ahli terutamanya melalui proses pentarbiyahan yang menjadi asas kekuatan selama ini. Ini diperkuatkan lagi dengan kepimpinan ulamak dalam PAS yang sentiasa menekan dan membimbing ahli dengan ilmu dan asas agama yang akan membentengi diri daripada melakukan amalan yang tidak baik.

Dalam hal ini sebenarnya UMNO cukup bimbang dan cemburu dengan pengaruh PAS sekarang kerana semakin banyak berlakunya penghijrahan ahli ahli mereka ke dalam PAS seperti yang dilakukan oleh Kapten (B) Zahar dan ahli ahli UMNO di Petaling Jaya Selatan. Sebab itu mereka cuba untuk mengaitkan pula PAS dengan isu politik wang yang jelas tidak berlaku dalam PAS.

Kenyataan media oleh


Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan
Setiausaha
PAS Gombak


Tuesday, May 19, 2009

Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulamak & Ceramah Perdana














Saturday, May 16, 2009

YDP PAS Gombak Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

14 Mei, Gombak: beberapa kampung di DUN Batu Caves telah menaiki air disebabkan hujang lebat petang kelmarin, yang paling teruk ialah Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Kampung Sg. Kertas dan Kampung Melayu Batu Caves.

photo by Unit IT Batu Caves - Rafiq

Bantuan diberikan oleh YB Amiruddin dan Kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan kerjasama:
Jawatankuasa Penduduk (JKP).
Jawatan Keselamatan Kampung (JKK Nakhoda).
Jabatan Pertahanan Awam (JPA).
Pemuda PAS Batu Caves (UNIT AMAL).

Lebih 60 orang anggota-anggota JPA, UNIT AMAL, JKP,JKK menyertai misi kemanusiaan ini. Antara pemimpin yang turut serta dalam operasi tersebut ialah
YB Amiruddin Shari (ADUN Batu Caves).
Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (Ahli Majlis MPS).
Ustaz Zakaria Mamat (Ketua Kampung Nakhoda).
Ustaz Salehuddin Nasir (YDP PAS Gombak).
Ustaz Syarhan Humaizi Ab Halim(Ketua Pemuda PAS Gombak).

Gotong-royong Membersih & Mengemas Pejabat PAS Gombak

16 Mei - Lajnah Sekretariat PAS Kawasan Gombak telah menganjurkan operasi gotong royong mengemas dan membersihkan pejabat PAS Kawasan Gombak yang terletak di Seri Gombak. Program yang disertai oleh AJK PAS Gombak ini selain memenuhi tujuan di atas, ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dan muafakat ke arah memperkasa pentadbiran dan perjalanan PAS Kawasan Gombak secara keseluruhannya.









Friday, May 15, 2009

Rakyat Makin Pening Jika DUN Perak Tidak Dibubarkan - Mahfuz

YB Dato' Hj Mahfuz Omar Sedang menyampaikan ceramah


Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Hj Mahfuz Omar menegaskan bahawa situasi di Perak sekarang ini akan membuatkan rakyat jelata semakin pening dan hanya dapat diselesaikan sekiranya DUN Perak dibubarkan segera bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan semula.

Berucap di dalam ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak di Dewan JKKK Kampung Melayu Batu Caves semalam, situasi sekarang bekan sahaja memeningkan rakyat umum malah mengheret istana ke kancah kecelaruan.

“Kelmarin dahulu (Dato’ Sri) Nizar yang mengiringi pemangku Sultan, Raja Nazrin. Kemudia keesokan harinya pula, (Dato’ Dr) Zambry pula yang mengiringinya. Raja pun pening gara-gara perbuatan UMNO” katanya di dalam ceramah tersebut.

Tegasnya, apa yang berlaku hari ini menampakkan kelemahan pentadbiran Malaysia kepada duni dan akan menjejaskan ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

“UMNO dan BN sebenarnya tahu sekiranya mereka membuat pilihan raya kecil, mereka akan kalah teruk, maka dengan itu mereka perlu mengelakkan daripada berlakunya pembubaran DUN”, katanya lagi.

Di dalam ceramah yang sama, YDP PAS Kawasan Gombak yang baru turut memberikan ucapan dan ini merupakan ceramah sulungnya di dalam kawasan Gombak selepas muktamar agung kawasan ini berlansung pada 26 April yang lalu.

Ceramah yang merupakan kali pertama diadakan di Dewan berkenaan semenjak PAS dan PR mengambil alih negeri Selangor di dalam tsunami politik pada Mac 2008, dipengerusikan oleh Ustaz Farhan, Ketua Urusan Ulama' PAS Gombak.

Ia turut dihadiri oleh Ketua Pemuda, Al-Fadhil Ustaz Syarhan, selaku wakil penganjur iaitu Dewan Pemuda PAS Gombak sebagai tuan rumah.

Selain itu, ia turut dihadiri oleh para AJK Pemuda PAS Gombak, para penduduk sekitar Gombak dan Batu Caves, serta SB-SB yang bertugas.


Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan sedang berbisik sesuatu kepada YB Dato' Mahfuz, sambil diperhatikan oleh YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.

YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir sedang menyampaikan ceramah

Lawatan Kerja YDP ke DUN Batu Caves

13 Mei - Yang DiPertua PAS Kawasan Gombak, Us Salleh Huddin Nasir serta saf kepimpinan PAS Kawasan Gombak telah mengadakan lawatan kerja ke DUN Batu Caves sempena program pertemuan dan ramah mesra bersama lebih 60 orang yang terdiri daripada ketua dan kepimpinan PAS di pringkat cawangan di Batu Caves.

Dalam ucapannya, beliau telah menyentuh kepentingan dan kewajipan berjihad menegakkan agama Allah dimuka bumi. Jihad bukannlah lahir dari minat atau bakat semula jadi seseorang tapi hasil kefahaman terhadap apa yang di ajar oleh Nabi Muhammad SAW melalui wahyu Allah SWT.

Beliau juga menekankan agar setiap ahli sentiasa patuh dan taat kepada pimpinan selagi mana ia tidak melanggar syariat. Beliau mengambil contoh tahalluf siasi PAS dengan parti komponen pakatan rakyat perlulah dijaga dan diteruskan kerana ia adalah keputusan kepimpinan diperingkat pusat.

PAS Kawasan Gombak melalui kepimpinan yang baru akan terus melaksanakan pelan tindakan yang telah dibuat sebelum ini dan akan memperkasakan program-program dalaman dan tarbiyyah kepada ahli serta kepimpinan.

Dalam pertemuan itu juga, beliau telah mengumumkan senara Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Gombak sesi 2009-2011 dan lajnah-lajnah yang telah dibentuk. Sebelum daripada itu, lawatan kerja ini telah pun diadakan di DUN Gombak Setia pada 8 Mei lalu dan giliran DUN Hulu Kelang pada 19 Mei betempat di Keramat AU 2.

Wednesday, May 13, 2009

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gombak ke 14

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gombak kali ke 14, pada 26 April 2009, menyaksikan proses transformasi berlangsung dalam suasana yang penuh aman dan harmoni selepas penarikan diri Dr Hatta Ramli daripada pencalonan untuk merebut jawatan Yang Di-Pertua (YDP) PAS Kawasan Gombak (PKG) sekali gus memberi laluan mudah kepada Ustaz Salehuddin Nasir untuk menerajui PAS kawasan itu untuk sesi tahun 2009 – 2011.

Pengumuman yang dibuat oleh Dr Hatta di dalam ucapan alu-aluan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PKG ternyata membuatkan para perwakilan terkejut dan meneruskan tradisi PKG yang tidak pernah menyaksikan pertandingan untuk jawatan-jawatan tertinggi peringkat kawasan itu.

Majlis perasmian Mesyuarat Agung kali ke 14 ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Rakyat Perak, Yang Berhormat Dato’ Sri Ir Nizar Jamaluddin di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

Dengan terlantiknya Ust Salehuddin Nasir sebagai YDP PAS Gombak sesi 2009-2011 maka lengkaplah transformasi PAS Gombak yang dimulakan oleh Dewan Muslimat PAS Gombak pada 12 April 2009, dan Dewan Pemuda PAS Gombak seminggi kemudiannya.

Di dalam mesyuarat agung Dewan Muslimat, pemilihan sengit berlangsung apabila menyaksikan pemilihan tiga penjuru yang akhirnya transformasi berlaku apabila keputusan berpihak kepada Dr Uzaimah Ibrahim yang mendapat mandat baru sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Gombak.

Manakala di peringkat Dewan Pemuda PAS Gombak, sebagaimana di peringkat, transformasi berlangsung dengan suasana yang penuh harmoni apabila kesemua jawatan penting termasuk AJK tidak berlaku pertandingan.

Ayuh bulatkan tekad, kukuhkan ukuhwah!

Apa yang penting? Kerjasama!!!

Allahuakbar!!


Antara saf kepimpinan PKG.


Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Syarhan Humaizi bersama saf kepimpinan PKG mendengar amanat yang disampaikan oleh mantan YDP Dr Hatta Ramli.



Mantan YDP, Dr Hatta Ramli sedang memberikan ucapan penggulungan.


Kemesraan antara mantan YDP dan YDP.


Kemesraan antara mantan YDP dan YDP.


YDP PAS Gombak yang baru, Ustaz Salehuddin Nasir sedang menyampaikan ucapan penangguhan di penghujung muktamar.