Advertisement

Wednesday, September 16, 2009

Kemenangan Yang Wajib Dipertahankan

Oleh: Ustaz Termizi Mohd Din (Ketua lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Gombak)

“Ia adalah merupakan perkembangan yang baik. Semoga suasana ini dapat dikekalkan selama-lamanya”. Demikian jelas Yang Berbahagia Ustaz Salehudin Nasir (gambar), YDP PAS Kawasan Gombak ketika mengulas mengenai perubahan yang berlaku dalam urus tadbir masjid serta kualiti program-program yang dijalankan setelah berlaku perubahan kepimpinan negeri selepas pilihanraya ke-12 yang lalu.

Ustaz Salehuddin Nasir sedang menyampaikan cenderahati sambil diperhatikan oleh Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim (tengah).

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Khatam al-Quran dan Penyerahan Sumbangan anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) yang bertempat di Masjid Khairiah, Sri Gombak, acara kemuncak Program Ihya Ramadhan 1430 DPPG)

Sesi khatam al-Quran oleh pemuda-pemuda PAS Gombak.

Majlis yang penuh suasana harmoni dan keinsafan tersebut berlangsung kira-kira pukul 4.45 petang. Kira-kira 30 orang pemuda-pemuda serta para belia Gombak menyertai Majlis Khatam al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Fadhlullah. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada para pemuda yang terpilih untuk meringankan bebanan mereka khususnya bagi menyambut Syawal yang bakal menjelma. Sumbangan disampaikan oleh Yang Berbahagia, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Timbalan Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP).

0 comments: